Ticker

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Resepi Kek Karamel Pelangi Legend

Cantik nama, walhal rasa sama je. Saje tambah legend sebab resepi ni diolah dari blog lama yang dah terkubur atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Resepi ini juga la k sya guna masa aktif baking kek karamel untuk jualan 4 tahun yang lalu.



Tapi sebabkan terlampau sibuk, sesi membaking terpaksa dikurangkan dan akhirnya hanya buat untuk keluarga dan sahabat terdekat sahaja. Resepi ni ada 7 step. Macam susah dan cerewet kan. Tapi tak susah pun, cerewet tu yea. 😅 

Jom layan resepi Kek Karamel Pelangi Legend. ;-)

STEP 1 

Asingkan sesiap 8 biji telur gred A ke dalam 3 bekas

Bekas A : 6 biji putih telur untuk meringue
Bekas B : 3 biji kuning telur untuk kek span
Bekas C : 3 biji kuning telur + 3 biji telur untuk karamel

K sya guna 2 bowl dan 1 tupperware sebab senang. Tak payah tukar bowl lepas pukul telur putih. Sebab nanti nak pukul berkrim telur untuk kek span. K sya guna stand mixer, kalau korang guna hand mixer tak kisah guna bekas pape pun. 😊


STEP 2 

Masukkan 2 sudu besar gula kastor kedalam loyang saiz 8", masak guna api perlahan sampai gula hancur dan bewarna perang. Golekkan loyang bagi gula seia sekata kesemua bahagian. 


STEP 3 (Puding Karamel) 

Ambil Bekas C (3 biji kuning telur + 2 biji telur) tadi, masukkan 100gm gula + 1 sudu kecil esen vanila. Kacau sebati guna whisk. 

Kemudian tuang 1 tin susu cair. Kacau perlahan sampai gula hancur. Tapis ke dalam loyang karamel tadi. Nanti korang akan bunyi macam kaca pecah. Tak payah risau. Itu tanda karamel korang menjadi. 😉 
👉🏻 Nota: kalau sukakan puding yang manis, sila masukkan 140gm gula. 


STEP 4 (Meringue) 

Ambil Bekas A (bowl 6 biji putih telur), putar dengan kelajuan tinggi sehingga berbuih. Masukkan 40gm gula dan putar sehingga buih2 berlalu pergi ditepi bowl. Sebaiknya putar lebih kurang 2 minit dgn kelajuan maksima. 

Meringue perfect bila terbalikkan bowl, adunan tidak jatuh.
👉🏻 Nota 1: Cream of tar tar tidak diperlukan sekiranya guna telur baru. Masukkan 1 sudu kecil cuka sekiranya perlu.
👉🏻 Nota 2: kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula. 

STEP 5 

Ambil Bekas B (3 biji kuning telur), masukkan 50ml minyak jagung/masak + 140ml air suam. Putar dengan kelajuan tinggi sehingga buih halus muncul. Kemudian masukkan 40gm gula dan pukul lagi sehingga berkrim. 
👉🏻 Nota : kalau sukakan kek yang manis, sila masukkan 70gm gula. 

STEP 6 

Panaskan oven 160'c api atas bawah dengan tray berisi air. 

Timbang gandum 140gm dan ayak dengan 1 sudu kecil Baking Powder. 

Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam Bekas B tadi. Jangan masuk sekaligus nanti adunan berketul. 

Kemudian masukkan separuh meringue (adunan dalam Bekas A). Kacau secara kaup balik guna senduk biar bercampur. Masukkan selebihnya dan kaup balik sehingga seia sekata. 



STEP 7 

Titiskan beberapa titik pewarna (dapatkan yang halal) ke dalam setiap bekas. Kaup balik bagi rata. 
Sendukkan 2 sudu adunan setiap warna kedalam loyang puding karamel tadi. Buat berselang seli sehingga habis. 

Masukkan dalam oven suhu 160'c (api atas bawah) yang telah dipanaskan 10-15 minit dengan dulang berisi air tadi. Bakar selama 1 jam guna api bawah sahaja (guna cara Water Bath). Tambah masa 10 minit lagi, kali ini guna api atas bawah untuk keringkan permukaan kek. 

Bila kek dah masak, biarkan dalam oven sehingga tepi kek merekah. Pastikan pintu oven dibuka sedikit. K sya sendal guna senduk kayu je. 😅 

Sejukkan kek sepenuhnya atau separa sejuk. Lorekkan tepi kek dengan pisau sebelum terbalikkan kek. Sejukkan dalam peti semalaman. Kek Karamel Pelangi sedap dimakan sejuk. 

SELAMAT MENCUBA. 😍😍

Jom like facebook page Resepi Kek Karamel Pelangi untuk pelbagai info. Tq.

Post a Comment

0 Comments